Semua org tahu siapa itu wanita. Mereka sama ada ibu , isteri , kakak , adik , kawan mahupun siapa saja.Wanita bukanlah sesuatu yang asing dalam hidup lelaki. Ramai lelaki hanya tahu wanita itu secara zahir , tidak semua orang kenal sebenar-benarnya siapa itu WANITA . Malahan wanita juga tidak begitu mengenali wanita yang lain inikan pula lelaki untuk wanita.
MAKHLUK ISTIMEWA DI SISI TUHAN
Terdapat beberapa keistimewaan yang ada pada wanita yang tidak dialami atau berlaku pada lelaki. Sifat-sifat tersebut lebih merupakan sifat semula jadi yang difitrahkan oleh Tuhan ke atas makhluk yang bernama
WANITA. Keistimewaan atau peristiwa hidup tersebut hanya di alami oleh wanita tidak oleh lelaki. So inilah perkara yang bezakan lelaki dan wanita , kaum lelaki suka untuk memahaminya.Hal ini memandangkan apabila seseorang itu tidak mengalami sesuatu perkara dia kurang empati terhadap cabaran dan kepayahan terhadap hal tersebut. Begitulah jugadengan kitaran
haid yang dialami oleh wanita. Kitaran
haid melibatkan perubahan tahap hormon tertentu dalam badan pada sesuatu masa dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dan aktiviti harian wanita. Hmmmmmm~ perkara tersebut adakalanya sukar untuk difahami oleh lelaki. Selain itu , wanita hamil dan melahirkan anak dan secara semulajadi peristiwa-peristiwa tersebut hanya dialami oleh kaum wanita. Proses tersebut sebenarnya memberi kesan kepada emosi , mental , fizikal dan sosial wanita yang adakalanya sukar difahami oleh lelaki. Pengalaman unik yang dialami oleh wanita iti juga membuatkan wanita (
sebagai ibu) mengendalikan anak dengan cara yang sedikit berbeza berbanding dengan lelaki. Wanita lazimnya lebig memahami keperluan anak , lebih sabar dan lebih prihatin ketika berurusan dengan anak. Jadi tidak hairanlah jika anak lebih rapat dengan ibu berbanding dengan bapa...
0 comments:
Catat Ulasan