BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ciri - ciri Lelaki Soleh dan Wanita Solehah

Lelaki Soleh dan Wanita Solehah ialah orang yang menjaga diri mereka daripada terjebak dengan perkara haram.....

Mengawal Hawa Nafsu 
Bagi mereka hati mereka tidak hanya hidup didunia , tetapi juga di akhirat. Mereka memandang dunia ini sebagai ladang akhirat dan tempat untuk beramal. Disebabkan itulah , mereka mampu mengawal nafsu dan juga syahwat kerana agama. Keperluan fitrah mereka hanyalah kepada apa yang halal. Nafsu mereka menyatakan tidak kepada godaan wanita atau lelaki serta api syahwat yang membara di dalam hati. Dengan mudah , ia dapat dipadam dengan iman dan takwa.

 Beribadat kepada Allah
Mereka yang hidup dengan  beribadat kepada Allah. Mereka mengetahui matlamat dan tujuan di muka bumi ini. Tujuan mereka jelas. Matlamat ini tersemat kukuh di dalam jiwa iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah dan itulah yang menjadi motivasi hidup mereka. Lelaki dan wanita yang membesar dengan suasana peribadatan kepada Allah hidup dalam keadaan bersih dan tiada pencemaran , kerosakan serta fitnah akhir zaman. Ini hanya untuk dapat di capai jika keluarga soleh berhasil menerap keimanan sebenar kepada anak-anak sejak daripada lahir , semasa proses membesar sehinggalah dewasa.
 
Terikat Hati debgan Masjid dan Dakwah
 Hati mereka terikat dengan masjid serta berasa sayang dengan rumah Allah. Keadaan ini terealisasi apabila mereka ini menzalimi solat berjemaah dan melakukan aktiviti keagamaan bersama-sama. Menghadiri solat berjemaah do masjid mempunyai fadilat yang besar berbanding dengan sembahyang bersendirian.

Berakhlak Mulia dan Berbudi Bahasa
Dalam Islam kasih sayang mempunyai kedudukan yang mulia. Islam sememangnya satu agama yang mempunyai unsur kasih sayang , melebihi segala ajaran lain. Hanya sahaja manusia yang terlalu memandang rendah dan kurang memahami agama Islam kerana kecetekan ilmu mereka. Ada hadis menyebutkan bahawa , sifat orang yang menerima naungan daripada Allah ialah mereka yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
 
Ikhlas dan Jujur Hatinya
Orang yang beriman adalah mereka yang jujur , ikhlas , dan tidak berbuat sesuatu kebaikan di dunia ini kecuali hanya berharap kepada cinta , redha sertqa ganjaran daripada Allah semata-mata. Tidaklah mereka yang berharap mendapat ganjaran dunia dan pujian manusia , tetapi semata-mata demi mencari keredhaan serta keampunan daripada ALLAH.
 
Tawaduk
Lelaki soleg dan wanita solehah sentiasa merendahkan diri di hadapan Allah. Mereka sentiasa berasa berdosa serta hina di sisi Allah yang maha Esa.Meraka yang bertawaduk tidak akan berlaku sombong dab bongkak sesama manusia. Sebaliknya mereka menghormati setiap manusia dengan memenuhi hak masing-masing. Mereka juga berusaha mencapai keredhaan Allahdengan penug pengharapan dan rasa keredhaan serta kekurangan diri di sisi Allah...

Pemurah dan Rajin Bersedekah
Meraeka yang pemurah dan lembut hatinyakerana sifat pengasih. Meraka rajin bersedekah dengan tidak memiliki sedikit pun rasa bakhil didalam hati.Malah , mereka juga cinta berasa cinta kepada kebaikan dan sangat berharap untuk mendapat rahmat serta pengampunan daripada Allah. Maka dati itu mereka dapat menghapuskan sikap bakhil di dalam jiwa sehingga tiada yang di simpan untuk dunia ini.
Fadilat bersedekah ialah ia dapat menghapuskan dosa. Rasulullah bersabda :
"sesungguhnya sedekah dapat menghapuskaan dosaseperti air memadamkan api" -hadis hasan riwayat at-Tirmizi no. 609 dan an-Nisa serta Ibn Majah dan Ahmad.
Mereka juga berkeyakinan bahawa setiap sedekah akan digantikan dengan ganjaran yang lebih baik Mereka juga percaya mereka tidak akan miskin atau berkurangan harta hanya sebab bersedekah. Justeru , mereka tidak ragu sedikit pun untuk mengeluarkan rezeki dan harta di jalan Allah.

Khusyuk dalam Solat
Khusyuk dalam solat ialah ciri yang wajib dimiliki oleh setiap orang beriman . Lelaki atau wanita men jadi soleh atau solehah kerana solat. Ia merupakan ibadat penghubung antara hamba dan Tuhan-Nya. Solat yang khusyuk menjadi harapan akan pengampunan dari Allah dan pembuka jalan rahmat seluas-luasnya serta hidayah daripada Allah. Khusyuk dalam solat memberi seribu makna dan erti kepada orang beriman namun tidk mudah mencapai khusyuk melainkan hati yang sudah di semai dengan cahaya iman dan benih ketakwaan kepadaNya.
 
Berbaik Sangka
Orang beriman sama ada lelaki ataupun wanita haruslah berbaik sangka dan memiliki hati yang bersih. Mereka adalah hamba Allah yang sentiasa menjaga hati serta perasaan daripada terjebak dengan kejahatan. Mereka mengetahui bahawa sangkaan buruk tidak memberi sedikit pun manfaat. Bahkan ia , hanya mengundang dosa dan kemurkaan Allah.
Berjihad di Jalan Allah
Lelaki soleh sentiasa bersemangat waja dan berkorban jiwa seta hatinya untuk membela agama Allah. Wanita solehah pula tidak pernah dgentar atau takut untuk menyokong para lelaki keluarga mereka untuk maju kehadapan. Lebih dari itu , mereka yang sering berdiri di belakang selalunhya bertindak memberi perlindungan , bantuan , tenaga serta semangat untuk mengerak aktiviti dakwah dan jihad bagi menegakan agama. Tidak sesekali merasa takut mati atau gentar ketika berhadapan dengan musuh meskipun fizikal mental dan material musuh melebihi kekuatan mereka..

                         p/s : setiap manusia menginginkan pedamping yg berakhlak mulia serta soleh dan solehah..


   

0 comments: