Ramai yang tidak dapat bersabar ketika menerima berita kegagalan buat kali pertama. Ada yang tersungkur , terjatuh , terduduk dan pingsan. Kerap kali mereka tidak dapat mengawal perasaan daripada menjadi sebak lalu menitiskan air mata , ada pula yang tidak bercakap atau meneluarkan kata-kata kerana lidah menjadi kelu. Secara tiba-tiba AKU GAGAL!!!!!!!!!!!!!
Sekelip mata dunia berwarna-warni menjadi gelap , dada yang ringan terasa berat , suasana bising menjadi sunyi dan senyap. Detik itu berlangsung beberapa kali ketika. Bagi yang lemah mereka akan bertindak dengan memgeluarkan air mata , menangis , kecewa dan menjadi sebak serta derita. Kegagaan itu baginya adalah sesuatu yang menyedihkan dan dibenci. Meraka yang tidak dapat mengawal perasaan marah akan bertindak diluar batasan.
Bagi sesetangah orang pula ada yang betindak melampaui batas batas selepas berlalunya detik kesedihan akibat kegagalan. Perasaan sedih tukar kepada marah , geram dan bencilalu mengganas dan menolak kegagalan itu dari menguasai diri. Caranya dengan mencaci kepada subjek kegagalan itu. Maka , keluarlah kata-kata kesat dan segala usaha juga tindak balas yang menunjukan mereka marah , geram serta memandang rendah terhadap subjek kegagalan itu. Ada juga yang akan bertindak menghina segala macam punca kegagalan sebagai cara untuk memuaskan hati.
Dibenci menerima kegagalan itu dengan cara lemah. Islam secara terang mengajar umat-Nya supaya bersabar menghadapi sebarang musibah atau kegagalan. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyuruh agar kita sentiasa bersabar dan memohon pertolongan-Nya ketika menghadapi situasi tersebut.


0 comments:
Catat Ulasan